KATA-KATA ALUAN
BISMILLAH HIR RAHMAAN NIR RAHIM
Kerjaya dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan sememangnya penuh cabaran tetapi
menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang
bersabar dan berkerja keras. Namun begitu, peluang
perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya individu
yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar
dapat menghidu peluang tersebut. Pada masa yang sama
mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya
pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka
sentiasa mengkaji senario dan masalah-masalah semasa,
kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan,
produk atau servis dari pesaing,keperluan pasaran dan
sebagainya. Sehubungan dengan itu, mereka akan
bertambah yakin, lebih kompetitif, bersemangat dan
merangka strategi yang sesuai untuk merebut peluang-
peluang yang ditawarkan.
Untuk berjaya dan bahagia, kita perlu melakukan perubahan.
Kita perlu keluar dari zon selesa menuju ke zon mencabar
kerana di zon mencabar itulah letaknya kemajuan,
perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita.
Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang,
sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan
pada masa hadapan.Untuk mencapai apa yang kita inginkan,
kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha,
menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah
baru dalam kehidupan. Ringkasnya kita perlu bermujahadah
dan berubah. Tetapi perubahan itu canggung, kekok dan
tidak selesa sifatnya. Oleh itu ramai yang tidak mahu berubah.
Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa
menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama.
Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil
kerana enggan berubah.
Inilah yang sering diungkapkan:
"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya
berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!".
Hidup ini adalah perubahan. Manusia tidak mampu menahan
perubahan. Ia mesti berubah atau dipaksa berubah. Mereka
yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah
dengan terpaksa akan gagal.
Mohamad Rizal Sapri
Pengarah Advance Property Management
PENGENALAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada
pembaca-pembaca serta pengunjung blog ini. Blog ini ditulis
dengan tujuan sekadar ingin berkongsi pengalaman program
membina rumah atas tanah sendiri (tahun 2016).
Memandangkan saya tidak ada pengalaman membina rumah
dan latarbelakang saya bukan seorang yang pakar dalam
bidang ini, maka saya banyak merujuk orang-orang yang
telah ada pengalaman dalam membuat rumah sendiri.
ADVANCE PROPERTY MANAGEMENT(APM) dengan
pendaftaran DBKK adalah 132813-T. APM telah ditubuhkan
pada 1 haribulan Oktober 2016, dan bahawa syarikat ini
adalah sebuah syarikat Milikkan Tunggal yang dimiliki oleh
En Mohamad Rizal Sapri adalah pengasas utama APM
dan juga merupakan Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif
syarikat ini. Alamat berdaftar dan alamat pejabat 8-1, 8th Floor,
Suria Shopping Mall, 1 Jalan Tun Fuad Stephens,
88000 Kota Kinabalu, Sabah. Advance Property Management
adalah salah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan
menjalankan kerja-kerja pembinaan rumah, hartanah,
kontrak pembaik pulih rumah dan pejabat.
Walaupun APM masih baharu ditubuhkan, akan tetapi
berkerjasama dengan syarikat kontraktor dan syarikat
arkitek yang berpengalaman selama lebih dari 19 tahun.
Kini APM ingin meluaskan lagi aktiviti syarikat dengan
merancang untuk memajukan beberapa kawasan pembinaan
rumah atas tanah persendirian. Tiga prinsip utama yang
menjadi pegangan En.Mohamad Rizal Sapri dalam kepimpinan
beliau iaitu Ketekunan, Disiplin dan Keyakinan ternyata
telah membuahkan hasil dalam pembangunan ekonomi syarikat ini .
Salah satu daripada strategi yang telah digunakan oleh
En Mohamad Rizal Sapri dalam memperkembangkan
ekonomi syarikatnya ialah dengan melibatkan syarikat lebih
banyak dengan projek-projek rumah mampu milik dan
komersial dan juga terlibat secara langsung dengan kerja-kerja
jualan dan juga pemasaran.
Tulisan saya ini bukanlah CARA-CARA MEMBINA/MEMBUAT
RUMAH SENDIRI tetapi lebih kepada MACAM MANA SAYA
BUAT RUMAH INI. "BUAT RUMAH" di sini bukan bermaksud
saya bertukang sendiri tetapi lebih kepada menguruskan projek
dan tawaran perkhidmatan yang saya berikan kepada pelanggan
yang ingin membina rumah idaman anda.
Mungkin anda ingin membina rumah sendiri tetapi mengalami masalah:
1) baget (modal),
2) tanah sendiri,
3) takde masa ,
4) malas nak uruskan, leceh dan mcm2 lagi,
5) tak reti nak berurusan dengan orang, mungkin seorang yg pemalu
6) orang kaya.
Berikut adalah peringkat mengikut percentage yang telah
dibahagikan bagi membina rumah idaman anda:
1) Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan, 20%
2) Rangka konkrit tetulang bangunan (lantai), 15%
3) Dinding bangunan berserta frame pintu dan tingkap, 10%
4) Rangka konkrit tetulang bangunan (beam atas), 10%
5) Memasang kekuda dan bumbung, 15%
6) Kerja-kerja melepa dalam dan luar bangunan, 10%
7) Kerja-kerja pembentungan dan longkang, 10%
8) Warranty 3 bulan, 10%
Jika anda berminat dengan perkhidmatan saya,
boleh call / whatapps ke: