Ad (728x90)

Filled Under:

1. MUKADIMAH

KATA-KATA ALUAN

BISMILLAH HIR RAHMAAN NIR RAHIM

   Kerjaya dalam bidang perniagaan dan 
keusahawanan sememangnya penuh cabaran tetapi 
menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang 
bersabar dan berkerja keras. Namun begitu, peluang 
perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya individu 
yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar
 dapat menghidu peluang tersebut. Pada masa yang sama 
mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya 
pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka 
sentiasa mengkaji senario dan masalah-masalah semasa, 
kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan, 
produk atau servis dari pesaing,keperluan pasaran dan 
sebagainya. Sehubungan dengan itu, mereka akan 
bertambah yakin, lebih kompetitif, bersemangat dan 
merangka strategi yang sesuai untuk merebut peluang-
peluang yang ditawarkan.

Untuk berjaya dan bahagia, kita perlu melakukan perubahan. 
Kita perlu keluar dari zon selesa menuju ke zon mencabar 
kerana di zon mencabar itulah letaknya kemajuan, 
perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. 
Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang,
sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan 
pada masa hadapan.Untuk mencapai apa yang kita inginkan, 
kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, 
menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah 
baru dalam kehidupan. Ringkasnya kita perlu bermujahadah 
dan berubah. Tetapi perubahan itu canggung, kekok dan 
tidak selesa sifatnya. Oleh itu ramai yang tidak mahu berubah. 
Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa 
menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama. 
Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil 
kerana enggan berubah.

Inilah yang sering diungkapkan:
"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya 
berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup ini adalah perubahan. Manusia tidak mampu menahan 
perubahan. Ia mesti berubah atau dipaksa berubah. Mereka 
yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah 
dengan terpaksa akan gagal.

Mohamad Rizal Sapri
Pengarah Advance Property Management




PENGENALAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada 
pembaca-pembaca serta pengunjung blog ini. Blog ini ditulis 
dengan tujuan sekadar ingin berkongsi pengalaman program 
membina rumah atas tanah sendiri (tahun 2016).

Memandangkan saya tidak ada pengalaman membina rumah 
dan latarbelakang saya bukan seorang yang pakar dalam 
bidang ini, maka saya banyak merujuk orang-orang yang
 telah ada pengalaman dalam membuat rumah sendiri. 

ADVANCE PROPERTY MANAGEMENT(APM) dengan 
pendaftaran DBKK adalah 132813-T. APM telah ditubuhkan 
pada 1 haribulan Oktober 2016, dan bahawa syarikat ini 
adalah sebuah syarikat Milikkan Tunggal yang dimiliki oleh 
En Mohamad Rizal Sapri adalah pengasas utama APM 
dan juga merupakan Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif 
syarikat ini. Alamat berdaftar dan alamat pejabat 8-1, 8th Floor, 
Suria Shopping Mall, 1 Jalan Tun Fuad Stephens, 
88000 Kota Kinabalu, Sabah. Advance Property Management 
adalah salah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan 
menjalankan kerja-kerja pembinaan rumah, hartanah, 
kontrak pembaik pulih rumah dan pejabat.

Walaupun APM masih baharu ditubuhkan, akan tetapi 
berkerjasama dengan syarikat kontraktor dan syarikat 
arkitek yang berpengalaman selama lebih dari 19 tahun. 
Kini APM ingin  meluaskan lagi aktiviti syarikat dengan 
merancang untuk memajukan beberapa kawasan pembinaan 
rumah atas tanah persendirian. Tiga prinsip utama yang 
menjadi pegangan En.Mohamad Rizal Sapri dalam kepimpinan 
beliau iaitu Ketekunan, Disiplin dan Keyakinan ternyata 
telah membuahkan hasil dalam pembangunan ekonomi syarikat ini . 
Salah satu daripada strategi yang telah digunakan oleh 
En Mohamad Rizal Sapri dalam memperkembangkan 
ekonomi syarikatnya ialah dengan melibatkan syarikat lebih 
banyak dengan projek-projek rumah mampu milik dan 
komersial dan juga terlibat secara langsung dengan kerja-kerja
jualan dan juga pemasaran.

Tulisan saya ini bukanlah CARA-CARA MEMBINA/MEMBUAT 
RUMAH SENDIRI tetapi lebih kepada MACAM MANA SAYA 
BUAT RUMAH INI. "BUAT RUMAH" di sini bukan bermaksud 
saya bertukang sendiri tetapi lebih kepada menguruskan projek 
dan tawaran perkhidmatan yang saya berikan kepada pelanggan 
yang ingin membina rumah idaman anda.

Mungkin anda ingin membina rumah sendiri tetapi mengalami masalah:

1) baget (modal),
2) tanah sendiri,
3) takde masa ,
4) malas nak uruskan, leceh dan mcm2 lagi, 
5) tak reti nak berurusan dengan orang, mungkin seorang yg pemalu 
6) orang kaya. 

Berikut adalah peringkat mengikut percentage yang telah 
dibahagikan bagi membina rumah idaman anda:

1) Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan, 20% 
2) Rangka konkrit tetulang bangunan (lantai), 15%
3) Dinding bangunan berserta frame pintu dan tingkap, 10% 
4) Rangka konkrit tetulang bangunan (beam atas), 10%
5) Memasang kekuda dan bumbung, 15% 
6) Kerja-kerja melepa dalam dan luar bangunan, 10% 
7) Kerja-kerja pembentungan dan longkang, 10% 
8) Warranty 3 bulan, 10% 

Jika anda berminat dengan perkhidmatan saya, 
boleh call / whatapps ke:
 016 833 6058
 019 531 3353
Riza
Mohamad Rizal Sapri

Advance Property Management

CHAIRMAN APM

MOHAMAD RIZAL SAPRI.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Membina dan membaik pulih rumah idaman anda™ is a registered trademark.
Blogger Templates Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.